Semalam lepas balik dari satu interview kerja saya ditegur oleh bos saya. Agaknya dia perasan dan dapat menghidu sesuatu iaitu saya sedang mencari pekerjaan baru. Mulanya saya cuma tersenyum tapi apabila dia katakan sesuatu benar-benar menyentuh perasaan saya, sedar tak sedar saya menangis... selepas itu saya menyalahkan diri sebab membuang airmata untuk sesuatu yang remeh seperti itu. Heh! memang dasar kilang airmata..
Sememangnya saya sudah terlalu bosan dengan suasana di tempat kerja. Kerja yang berulang-ulang selama empat tahun memang sangat membosankan. Saya tidak nafikan yang syarikat di mana saya bekerja sangat baik dan agak kukuh dari segi ekonomi tapi bos saya kadang-kadang sepertinya kurang memahami. Dia seringkali mempersoalkan kenapa saya tidak bekerja pada hujung minggu.Adakalanya dia bertanya kenapa saya perlu datang ke gereja pada hari ahad dan jika saya tidak ke gereja adakah saya akan mati pada keesokan harinya.
Saya faham yang dia hanya bergurau tapi seringkali dalam nada gurauan itu jauh di sudut hatinya dia sebenarnya serius. Saya sangat kenal dengan sikapnya. Bos saya memang terkenal dengan mulut 'lancang' dan lepas cakap di tempat kerja. Orang bijakpandai berkata, perempuan akan mengeluarkan 6,000 patah perkataan setiap hari manakala lelaki akan mengeluarkan 4,000 patah perkataan setiap hari. Rasanya ini kes lain sebab bos saya akan mengeluarkan lebih daripada 100,000 patah perkataan setiap hari. Dia akan mula bercakap dari pukul 8.00 pagi sampai 8.00 malam tanpa henti. Teruk tahap dewa!
Tapi syukur saya sudah mengampuni. Tuhan ampunilah bosku sebab dia tidak tahu apa yang dia perbuat. Berikan dia hikhmat untuk menilai mana yang baik dan buruk dan terlebih Bapa, biar Roh Kudusmu yang berbicara dengan dia. Amen.
7 comments:
Saudari emmaspringwaltzz, kagum jugak saya bila mendapat tahu bos anda mengeluarkan 100,000 patah perkataan setiap hari.. bagi saya itu salah satu benda ajaib dunia. the "8th Wonders".
Tapi apapun, bawak rileks dan bertenang kerana masa depan dan hidup anda bukan terletak di tangan bos anda.
There is better plan ahead. God Bless!
Wah...sungguh hebat emmaspringwaltz! maafkanlah dia dan katakan damai kepadamu :)
Betul kata cip, God has a better plan for u.. HE knows what's the BEST for u! God bless u!
Agang.. Sudah2lah marah boss ko tu.. Kalau ko sudah dapat kerja baru, ko akan rindu dia tu.. hahaha
Dun wori.. "There is better plan ahead." Amen utk kata-kata Cip ni.. TUHAN sudah menyediakan yang terbaik untuk ko..
From Teacher Sally To Teacher Emma to be.. AMEN!
Betul kata Teacher Sally. hehe. Susah mau cari bos yang dapat mengeluarkan 100,000 patah perkataan sehari, tau. Lebih lebih lagi kalau dia lelaki.
Hi Cip..terima kasih untuk kata-kata nasihat ko ok.. memang kagum ada bos macam dia.. kadang-kadang dia bercakap dari pagi sampai petang sampai suara habis.. hehe
Amazingtres, thanks nasihat ko... tapi sedih juga ko dah nak balik Miri...
Alip..tidak sabar-sabar sia mo bagi resignation letter ni hehehe...
Post a Comment